Laman JUPEM Negeri Sembilan
Satu Titik Permulaan....
Tuesday, 19 August 2014
Monday, 28 July 2014
Friday, 25 July 2014
Wednesday, 16 July 2014
Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk
Photo-photo Selanjutnya…
AKRAB JUPEM Negeri Sembilan dengan
kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan telah berjaya menganjurkan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk. Progam ini telah diadakan pada 15 Julai 2014 ( Selasa ) bertempat di
Bengkel Batu Sempadan, Sikamat.
Program Gotong Royong ini telah
diketuai oleh En. Kamis bin Abdullah dengan dibantu oleh sebahagian kakitangan JUPEM Negeri Sembilan yang hadir pada majlis
tersebut.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan
kehadiran Sr Ahmad Azmi bin Hashim merangkap Pemangku Pengarah Ukur JUPEM
Negeri Sembilan.
Bubur Lambuk yang disediakan turut
diagihkan kepada jabatan-jabatan yang berhampiran dengan JUPEM Negeri Sembilan.
** Disediakan Oleh Puan Roselylie
Friday, 27 June 2014
Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan sempena Program Hari Kesihatan JUPEM N. Sembilan tahun 2014
Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri
Sembilan (JUPEM NS) buat julung kalinya bekerjasama dengan Unit Tabung Darah,
Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan Pejabat Kesihatan Kuala Pilah telah
menganjurkan Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan di Pejabat Ukur Daerah
Negeri Sembilan Timur, Kuala Pilah pada 26 Jun 2014 (Khamis).
Friday, 13 June 2014
Friday, 16 May 2014
Majlis Persaraan Pengarah Ukur
Satu
majlis ‘Jasamu Dikenang’ telah diadakan pada 15 Mei 2014 bertempat di Kompleks
Belia dan Sukan, Paroi Jaya, Seremban,
sempena persaraan Pengarah Ukur, JUPEM Negeri Sembilan, Encik Hamdani
bin Sadiman.
Dalam
majlis tersebut, beliau telah menyampaikan ucapan perpisahan serta berterima
kasih kepada semua warga JUPEM Negeri Sembilan kerana telah memberi kerjasama
dan komitmen kerja yang baik sepanjang beliau menerajui jabatan ini.
Majlis
yang bermula pada jam 10.00 pagi turut disertai oleh semua pegawai dan
kakitangan jabatan.
Sebagai
tanda kenangan, satu upacara penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh
Tuan Timbalan Pengarah Ukur 1, Sr Ahmad Azmi Bin Hashim kepada beliau.
Satu sesi bergambar
beramai-ramai juga telah diadakan selepas selesai jamuan makan mengakhiri majlis
ini.** Disediakan Oleh En. Surani & En. Zulkifle