Satu
majlis ‘Jasamu Dikenang’ telah diadakan pada 15 Mei 2014 bertempat di Kompleks
Belia dan Sukan, Paroi Jaya, Seremban,
sempena persaraan Pengarah Ukur, JUPEM Negeri Sembilan, Encik Hamdani
bin Sadiman.
Dalam
majlis tersebut, beliau telah menyampaikan ucapan perpisahan serta berterima
kasih kepada semua warga JUPEM Negeri Sembilan kerana telah memberi kerjasama
dan komitmen kerja yang baik sepanjang beliau menerajui jabatan ini.
Majlis
yang bermula pada jam 10.00 pagi turut disertai oleh semua pegawai dan
kakitangan jabatan.
Sebagai
tanda kenangan, satu upacara penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh
Tuan Timbalan Pengarah Ukur 1, Sr Ahmad Azmi Bin Hashim kepada beliau.
Satu sesi bergambar
beramai-ramai juga telah diadakan selepas selesai jamuan makan mengakhiri majlis
ini.** Disediakan Oleh En. Surani & En. Zulkifle
No comments:
Post a Comment