Wednesday, 16 July 2014

Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk



Photo-photo Selanjutnya…


AKRAB JUPEM Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan telah berjaya menganjurkan  Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk.  Progam ini telah diadakan  pada 15 Julai 2014 ( Selasa ) bertempat di Bengkel  Batu Sempadan, Sikamat.
Program Gotong Royong ini telah diketuai oleh En. Kamis bin Abdullah dengan dibantu oleh sebahagian kakitangan  JUPEM Negeri Sembilan yang hadir pada majlis tersebut. 
 Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Sr Ahmad Azmi bin Hashim merangkap Pemangku Pengarah Ukur JUPEM Negeri Sembilan.
Bubur Lambuk yang disediakan turut diagihkan kepada jabatan-jabatan yang berhampiran dengan JUPEM Negeri Sembilan.
  


** Disediakan Oleh Puan Roselylie

No comments:

Post a Comment