Friday, 27 June 2014

Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan sempena Program Hari Kesihatan JUPEM N. Sembilan tahun 2014



Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan (JUPEM NS) buat julung kalinya bekerjasama dengan Unit Tabung Darah, Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan Pejabat Kesihatan Kuala Pilah telah menganjurkan Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan di Pejabat Ukur Daerah Negeri Sembilan Timur, Kuala Pilah pada 26 Jun 2014 (Khamis).
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu mengisi bekalan tabung darah di hospital menjelang bulan Ramadan dan Syawal di samping sebagai satu amal bakti kepada masyarakat umum. 
 
Program ini telah dihadiri kira-kira 150 pegawai dan kakitangan JUPEM N. Sembilan serta beberapa orang awam di kawasan sekitar pejabat. Dalam pada itu, seramai 41 daripada 70 orang penderma telah berjaya melepasi saringan untuk menderma darah.

Jawatankuasa Pengelola berharap program ini dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan JUPEM N. Sembilan bagi memupuk budaya menderma darah sebagai kebajikan percuma kepada masyarakat.



** Disediakan oleh Sr Clement Ting Pang Kui

No comments:

Post a Comment