Majlis ini berlangsung serentak
dengan majlis perpisahan sempena pertukaran Timbalan Pengarah 1, Encik Daimin Bin Binti ke Bahagian
Topographi Sarawak.
Dalam majlis Amanat tersebut, Pengarah JUPEM Negeri Sembilan, Tuan Hj.
Hamdani bin Sadiman, menyatakan amat
bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan izin dan rahmatNYA telah diberi kesempatan untuk menyampaikan perutusan
sempena dengan kehadiran tahun baharu 2014 juga berpeluang untuk menyampaikan
amanat yang diterima daripada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, kepada
warga kerja JUPEM Negeri Sembilan mengenai
halatuju, KPI ,disiplin serta komitmen kakitangan dalam menuju ke arah
Negara Maju .
Beliau juga turut mengambil
kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga JUPEM seluruh
Malaysia dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih serta
mengalu-alukan kehadiran pegawai dan kakitangan disamping melahirkan rasa
gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas segala usaha kearah kejayaan dan pencapaian sepanjang
tahun 2013 dan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
warga kerjanya di atas segala sokongan, dan kerjasama serta tanggungjawab yang
telah ditunaikan demi mencapai kecemerlangan JUPEM.
Dalam majlis ini juga diadakan
bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Sr Mohd Zamri bin Mohd
Noh dan dikuti oleh semua kakitangan JUPEM
Negeri Sembilan.
Pada masa yang sama diadakan
satu upacara menandatangani dokumen Akta Rahsia Rasmi kerajaan oleh
kesemua pegawai dari kumpulan Pengurusan dan Profesional terdiri
daripada Timbalan Pengarah Ukur, Juruukur
Daerah dan Penolong Pengarah Ukur.
** Disediakan Oleh En. Surani & En. Zulkifle
** Disediakan Oleh En. Surani & En. Zulkifle
No comments:
Post a Comment