Majlis ini berlangsung serentak
dengan majlis perpisahan sempena pertukaran Timbalan Pengarah 1, Encik Daimin Bin Binti ke Bahagian
Topographi Sarawak.
Dalam majlis Amanat tersebut, Pengarah JUPEM Negeri Sembilan, Tuan Hj.
Hamdani bin Sadiman, menyatakan amat
bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan izin dan rahmatNYA telah diberi kesempatan untuk menyampaikan perutusan
sempena dengan kehadiran tahun baharu 2014 juga berpeluang untuk menyampaikan
amanat yang diterima daripada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, kepada
warga kerja JUPEM Negeri Sembilan mengenai
halatuju, KPI ,disiplin serta komitmen kakitangan dalam menuju ke arah
Negara Maju .